Ucapan Tun M di Forum Cabaran Semasa sistem Demokrasi dan Perlembagaan Negara Malaysia ke Arah Pencapaian Wawasan 2020

18 02 2011

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Sudah lama rasanya tidak mendengar buah fikiran dan pendapat Tun Mahathir. Saya dari dahulu kagum dengan kebolehan beliau memberi pendapat dan ulasan dengan bernas dan bijak.

Video di bawah merupakan ucapan Tun M di Forum Cabaran Semasa sistem Demokrasi dan Perlembagaan Negara Malaysia ke Arah Pencapaian Wawasan 2020, yang bertempat di Parlimen.

Dalam video pertama saya tertarik dengan ungkapan Tun M yang menyebut “Most intellectuals find democracy as very frustrating” atau dalam Bahasa Melayu “Kebanyakan pemikir/golongan intelek berasa hampa dengan sistem demokrasi”. Terus terang saya katakan, saya juga sudah hilang kepercayaan kepada sistem demokrasi berparti. Apa yang saya nampak hanya perpecahan, terutama di kalangan umat Islam semata-mata.

Sama-sama kita amati pendapat Tun M.

Terima kasih saya ucapkan kepada rakan saya Hiekal Rosli dari Agenda Daily kerana sudi berkongsi video ini.

Advertisements