MEB penyelesai DEB?

29 04 2010

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani…

Saya bukan nak bercerita secara terperinci mengenai Model Ekonomi Baru tetapi saya tertarik dengan ‘affirmative action’ yang akan menumpukan golongan 40% strata pendapatan terendah dalam ekonomi Malaysia.

‘Affirmative action’ adalah sama seperti dasar mengutamakan bumiputera atau yang lebih kita ketahui sebagai DEB (Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh Allahyarham Tun Razak). DEB diperkenalkan untuk memberi keseimbangan terhadap jurang pendapatan antara kaum (distribution of wealth), yang mana pada permulaan perlaksanaannya jurang pendapatan antara bukan Bumiputera dan Bumiputera adalah jauh.  Kita akui kejayaan DEB dalam melahirkan Bumiputera kelas professional seperti doktor, jurutera, peguam, akauntan, ahli korporat dan lain-lain. DEB telah dapat mengurangkan jurang kemiskinan kepada 3.7%, kejayaan yang diakui baik negara maju mahupun yang sedang membangun. Kita juga akui ada juga kelemahan dalam perlaksanaan DEB. Namun seperti mana-mana dasar di dunia ini, DEB dilihat memerlukan kajian dan olahan semula bagi mengikut peredaran zaman dan pola ekonomi penduduk Malaysia yang telah berubah.

Majoriti rakyat Malaysia meghadapi risiko terperangkap dalam pendapatan kelas pertengahan. Mereka yang berada di kelas pertengahan ini adalah golongan yang berpendapatan ‘cukup-cukup’, tidak terlebih dan tidak pula terkurang. Apa yang membimbangkan adalah kos sara hidup yang meningkat lebih pantas daripada peluang pendapatan mereka untuk naik, yang bakal menyebabkan golongan ini terdedah dengan risiko untuk jatuh ke golongan berpendapatan rendah jika keadaan ekonomi tidak menentu.

Golongan ini merangkumi semua kaum, bukan hanya Bumiputera sahaja walaupun majoriti daripada 40% strata terendah ini terdiri daripada Bumiputera. Maka MEB akan menumpukan golongan 40% ini tanpa mengira kaum dan disamping itu tidak mengabaikan Bumiputera yang benar-benar memerlukan.

Kita boleh melihat 40%  adalah sebagai ‘threshold’ atau penanda aras bagi kaum Bumiputera. Ini bermakna jika anda Bumiputera yang berjaya berada di dalam golongan 60% strata teratas, anda tidak merangkumi golongan sasaran ‘affirmative action’ ataupun boleh ditafsir sebagai ‘golongan wajib tolong’. Anda tetap akan ditolong, tetapi berdasarkan merit ataupun pencapaian.

Contoh boleh kita lihat dalam soal pembahagian biasiswa. Selama ini formula yang kita gunakan adalah kuota antara kaum yang mana Bumiputera selalunya akan diberi lebih keutamaan daripada kaum-kaum lain. Melalui MEB, golongan 40% strata pendapatan terbawah ini akan diberi keutamaan untuk mendapat biasiswa. Seperti yang dikatakan tadi ini merangkumi semua kaum. Manakala pemberian biasiswa untuk 60% strata teratas dibuat berdasarkan merit. Ibu bapa yang bekerja sebagai professional sudah tentu mampu untuk membiayai pengajian anak mereka dengan sedikit bantuan atau tanpa ada bantuan daripada kerajaan.

Berdasarkan contoh diatas, saya melihat strategi MEB lebih adil dan peluang untuk golongan sasaran mendapat manfaat adalah lebih tinggi. Golongan 60% strata teratas termasuk Bumiputera dianggap sudah mampu berdikari dan dinilai berdasarkan merit sekaligus dikurangkan sedikit penggunaan ‘tongkat’ yang selama ini digunakan untuk membantu Bumiputera.

Saya juga melihat MEB sebagai penyelesai masalah politik dan ekonomi  negara untuk jangka masa panjang. Ini kerana MEB akan dapat menukar persepsi terhadap DEB yang dikatakan mengenepikan kaum bukan Bumiputera yang padahal fakta dan data menunjukkan ianya tidak benar sama sekali. DEB adalah satu dasar yang baik, cuma perlaksanaannya  yang kurang  mengenai golongan sasar. Malah boleh dikatakan DEB lebih memberi manfaat kepada bukan Bumiputera daripada Bumiputera. Golongan bukan Bumiputera di dalam lingkungan 40% tersebut bakal mendapat manfaat ‘affirmative action’ dalam kerangka MEB disamping tidak melupakan golongan Bumiputera yang memerlukan. Pendek kata, MEB bakal menjadi ‘wealth distribution’ yang lebih relevan dengan pola ekonomi masyarakat Malaysia pada masa sekarang.

Berbalik kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana/kelas pertengahan, MEB akan dapat menaikkan pendapatan golongan ini ke tahap yang lebih tinggi dan sekaligus mengeluarkan golongan ini daripada perangkap kelas rendah dan pertengahan. Ini kerana MEB akan menumpukan kepada meningkatkan kebolehupayaan golongan ini dengan memberi peluang-peluang baru dalam ekonomi. Dengan peluang-peluang yang diberikan, diharapkan mereka akan dapat membina kekayaan baru yang merangkumi aset-aset seperti hartanah, aset kewangan dan juga harta intelek.

MEB menampakkan usaha kerajaan secara ikhlas mahu menaikkan taraf ekonomi seluruh rakyat Malaysia agar seiring dengan sasaran 2020. Kita sebagai rakyat harus menggunakan peluang yang ada untuk menaikkan taraf ekonomi diri dan keluarga agar tergolong dalam pendapatan yang terbaik. Saya selalu menanyakan diri, pada 2020 nanti ekonomi negara akan setanding dengan negara-negara maju yang lain; Tidakkah saya mahu merebut peluang ekonomi yang ada? Apakah saya mahu pendapatan saya berada dalam keadaan statik? Adakah ianya salah kerajaan jika saya masih berada di kelas pertengahan? Tepuk dada, tanya diri.

Pembaca digalakkan membaca teks ucapan DS Najib mengenai MEB di sini dan bacaan lanjut mengenai MEB yang disediakan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) di sini.

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: