Kalimah Allah: Isyarat untuk umat Islam

6 04 2010

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani…

Isu kalimah Allah mungkin sudah reda buat seketika, namun bahangnya masih ada. ‘The battle is still on’ kata orang. Ramai yang membantah keberanian gereja Katholik yang sengaja mahu menyalakan api kemarahan umat Islam di Malaysia. Ada juga yang termakan hasutan sesetengah pihak yang setuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katholik dengan mengambil hujah bahawa mereka telah gunakan kalimah Allah sejak sebelum Islam lagi. Namun saya ingin bertanya kepada pihak-pihak yang menyokong, Islam itu bermula bila? Dan kenapa penggunaan kalimah Allah sebagai gantinama ‘God’ tidak digunakan, malah di kecam hebat dan dilarang oleh ketua-ketua gereja di Barat? Pada mereka yang membuka mata dan tidak memekakkan telinga, mereka dapat melihat muslihat pihak Katholik disebalik permintaan mereka.

Mubaligh Kristian datang dalam jumlah yang ramai. Saya pernah ditegur dulu oleh seorang ‘mat saleh’ yang katanya datang dari German, mengajak saya untuk datang ke gereja. Kalau dulu mereka sembunyi-sembunyi untuk menjalankan kerja dakwah mereka, tapi sekarang mereka sudah berani mencabar kita secara terang-terangan. Kita harus ingat akan amaran Allah swt dalam surah Al Baqarah ayat 120 yang bermaksud;

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.”

Selagi kita tidak tunduk akan kemahuan mereka, selagi itu mereka akan menyerang kita, anak-anak kita, cucu cicit kita sehingga akan ada yang terjerumus ke arah propaganda mereka dan menjadi kafir. Tidakkah kita terfikir bahawa dengan membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah, kita akan turut sama mensyirikkan Allah swt? Apakah ini isyarat bahawa ‘perang’ yang selama ini berlaku secara diam-diam, sudah mereka ‘declare’ secara terang-terangan? Jika benar, kita harus bersiap sedia, kerana mereka akan mencabar lagi kesabaran dan tolak ansur kita pada masa hadapan. Mereka ini sememangnya tidak akan putus asa dan akan mencari jalan baru untuk menjalankan propaganda mereka.

Berhadapan dengan mubaligh-mubaligh Kristian tidak memerlukan kita menggunakan kekasaran. Itu bukan cara yang diajar oleh Rasulullah saw. Kita perlu berdebat dan ‘reason’ dengan mereka. Mereka sebenarnya tidak memahami kitab suci mereka dengan sepenuhnya. Mereka juga berada di dalam keadaaan keraguan yang berpanjangan. Bible mereka mempunyai banyak percanggahan yang sebenarnya jika kita tunjukkan, mereka tidak akan mampu menjawab. Allah swt dalam surah Al Saf ayat 9 berfirman;

” Dialah yang mengutus RasulNya (Muhammad saw) dengan membawa hidayat petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.”

Allah swt telah menjanjikan kemenangan kepada Islam dalam ayat di atas. Apa yang perlu kita lakukan adalah mengkaji dan pelajari perkara-perkara mudah aspek perbandingan antara agama Islam dan Kristian. Kita tidak perlu bersusah payah sebenarnya dengan adanya hasil kerja dakwah selama berpuluh tahun seperti yang telah dilakukan oleh Allahyarham Sheikh Ahmed Deedat. Buku-buku beliau harus kita kaji dan cetak semula, lebih baik kalau kita olah semula mengikut kesesuaian. Ini secara langsung akan membantu kerja-kerja dakwah kepada penganut agama Kristian.

Ilmu inilah sebenarnya senjata terbaik untuk kita. Dengan menggunakan kitab suci mereka sebagai hujah, mereka tidak boleh lari dan tidak boleh mengatakan ‘tidak’. Namun begitu, bukan niat kita untuk menyerang agama mereka, tetapi kewajipan kita sebagai umat Islam untuk menyampaikan kebenaran dan ‘enlighten’ mereka yang sebenarnya apa yang mereka percayai selama ini adalah salah.

Terpulang kepada kita, untuk hanya melihat apa yang berlaku atau bertindak, mempersiapkan diri dengan ilmu sebagai senjata dan menyelamatkan anak cucu kita daripada dakyah mubaligh Kristian. InsyaAllah, blog ini akan terus berhujah dan membincangkan pemesongan agama Kristian yang setiap masa akan terus cuba untuk memurtadkan saudara-saudara kita. Semoga kita mendapat semangat untuk mempertahankan agama suci Allah ini dan kepada yang mencari kebenaran akan medapat hidayah daripada Allah swt. Jazakallah khair.

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: