GST

15 03 2010

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…

Sekarang bising pasal isu GST (Goods and Services Tax). Ada yang kata membebankan rakyat dengan cukai baru. Tapi rakyat yang tak mahu membaca lebih dan ambil tahu dengan lebih mendalam tak tahu yang sebenarnya mereka memang dah dibebankan dengan cukai yang lebih tinggi berbanding GST yang diusulkan sebanyak 4%. Biasalah, bila dengar cukai baru saja, semua orang tak senang poket.

Tapi bukan masalah rakyat sepenuhnya, salah kerajaan juga. Masalah klasik kegagalan dalam penyampaian. Nampak macam tak kena dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan”. Sepatutnya ada gerakan oleh agensi kerajaan terutamanya Jabatan Penerangan untuk sekurang-kurangnya edarkan risalah yang menerangkan mengenai GST. Kalau nak lebih mantap adakan penerangan melalui radio dan televisyen. Taklah pembangkang ambil kesempatan untuk putar belit isu GST ni.

Sistem cukai yang diamalkan sekarang tidak efisien. Rakyat tidak sedar yang mereka sebenarnya kena double tax. Contohnya ada barangan yang mengandungi dua cukai pada harganya. Cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Ini menyebabkan pengguna terpaksa membayar harga yang tinggi berbanding dengan sistem satu cukai.

Sama sekali tidak betul dakwaan bahawa kerajaan mahu menggunakan GST sebagai menutup defisit belanjawan negara. Defisit belanjawan adalah biasa pada waktu ekonomi dunia merudum kerana ekonomi perlu ‘stimulant’ untuk lonjak kembali ke tahap positif. Lihat berapa banyak negara-negara maju berbelanja untuk merangsang kembali ekonomi mereka. Jika dikira defisit, US adalah negara yang muflis; $1.42 trillion. Berani lawan?

Barang asas keperluan harian tidak akan dikenakan GST. Jadi janganlah ada suara-suara yang nak mengatakan bahawa GST akan membebankan rakyat berpendapatan rendah. Ianya cuma penstrukturan semula sistem cukai sekarang. Baca dan kaji sendiri bagaimana sistem cukai baru ini. Kita tak mahu kerajaan mengamalkan dasar ‘populis’ tapi kita mahu kerajaan mengamalkan dasar apa yang baik untuk rakyat terutamanya untuk masa depan. Berbelanja terlalu banyak untuk subsidi juga tak baik untuk pembangunan negara. Duit banyak dibelanjakan untuk masa sekarang daripada masa hadapan. Tapi subsidi tak boleh dimansuhkan sepenuhnya. Cuma ianya perlu ada had.

Advertisements

Actions

Information

2 responses

1 04 2010
Kama

Salam & welcome to muslim bloggers’ group. Btw, good writeup on GST.

1 04 2010
pedutorres

Wsalam and thanks. Salam perkenalan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: