“Tahniah” pada YB Zulkifli Nordin

6 03 2010

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani….

Tamat akhirnya perjuangan YB Zul dalam PKR. Tamat juga drama tolak tarik keputusan lembaga disiplin PKR terhadap YB Zul yang selama ini memperjuangkan Islam dari dalam PKR. Saya nak ucapkan tahniah pada YB yang selama ni macam ‘knight’ yang di ikat kaki dan tangan dalam PKR. Susah nak memperjuangkan Islam dalam parti yang mengamalkan dasar ‘semua boleh’. Mungkin boleh panggil PKR ni parti liberal demokratik. Campur aduk macam rojak. Ada sosialis, ada liberal, Islam liberal etc. You name it.

Bagi saya tiada demokrasi dan kebebasan bersuara dalam PKR. Semuanya hanya retorik belaka. Bagaimana kebebasan menyuarakan pendapat dan pendirian boleh ada jika yang memimpin parti adalah sang suami isteri. Pemimpin kanan parti si Azmin Ali pula tak boleh di sentuh oleh sesiapa. Macam mana PKR nak tegakkan demokrasi jika dalam hierarki parti sendiri mengamalkan autokrasi. Anwar kena ingat PKR bukan dia, Azizah dan Azmin (dikenali sebagai batteri 3A, brand apa saya tak tahu) yang punya. PKR adalah ahli PKR yang punya. Tanpa ahli parti, PKR boleh ucap selamat tinggal pada politik Malaysia.

Dalam kita nak mengisi erti demokrasi sebenar (tapi kena ingat demokrasi tak sempurna), kita kena fikir dan lihat sendiri sama ada pejuang atau parti yang dikatakan memperjuangkan demokrasi itu ‘cakap serupa bikin’. Jangan main ikut saja. Nanti orang cakap kita belajar tinggi-tinggi, tapi tak dapat bezakan yang mana kaca, yang mana permata.

Kadang-kadang dapat dilihat ada di kalangan generasi baru sekarang ini membawa penyakit lama, malas berfikir. Main ikut dan dengar sahaja, serupa macam lembu kena tarik hidung. Tak mahu berpikir dan menyiasat. Kita semua ada otak dan bersekolah, kurang-kurang habis sekolah menengah. Tahu membaca dan berfikir sendiri. Manusia itu tinggi martabatnya daripada makhluk yang lain kerana mempunyai daya berfikir, oleh itu boleh buat keputusan sendiri dan majukan diri sendiri. Jangan jadi terlalu jumud dalam ideologi dan pemikiran. Berfikir dan nilai dulu sebelum menjadi pengikut.

Sebagai parti yang dikatakan memperjuangkan demokrasi, PKR seharusnya ‘lead by example’. Pemecatan YB Zul dan keluarnya beberapa ahli MP PKR menunjukkan tiadanya kebebasan bersuara dalam parti itu. Tiadanya nilai musyawarah dan terlalu banyak perbezaan pendapat. Wujudnya sebuah persatuan atau parti adalah untuk mereka yang sependapat dan sehaluan pemikiran untuk menuju/memperjuangkan matlamat yang sama. Tetapi kalau sudah tidak ada persetujuan, buat apa nak berpersatuan lagi. Bak kata Prof. Datuk Dr Shamsul Amri Baharudin, penganalisis politik dari UKM; legitimasi parti politik datang dari ‘kesatuannya’, bukan ‘persatuannya’. Beliau menambah, PKR ditubuhkan oleh golongan yang berkrisis dengan parti induk. Maka PKR sudah jadi Parti Krisis Rakyat. Hairan juga (sebenarnya tak hairan pun), mereka inilah yang sepatutnya faham pentingnya kebebasan bersuara dalam berpolitik. Tetapi bila dah mempunyai parti sendiri mereka pula yang menghalang kebebasan bersuara. Parti politik terdiri daripada golongan yang suka bersuara. Kalau disekat, susah jadinya.

Diharap YB Zul akan kekal sebagai MP bebas dan istiqamah dalam perjuangan. Maka dengan ‘pembebasan’ ini beliau boleh tanpa segan silu memperjuangkan hak umat Islam dan mempertahankan Islam di negara ini. Macam beliau cakap tak lama dulu; I am a muslim first, Malaysian second (lebih kurang macam tu bunyinya). Saya pun berpegang atas prinsip yang sama. Saya kepunyaan Allah, hanya padaNya saya tunduk dan taat. Sesiapa yang cuba mencemarkan agama suci Allah ini, akan ditentang habis-habisan. YB Zul, perjuangan anda sebenarnya baru bermula.

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: