Kemusykilan Rakyat

8 10 2009

N31: Kemusykilan Rakyat

Soalan-soalan yang wajib ditanya oleh pengundi Bagan Pinang kepada pemimpin Komplot Pembangkang terutamanya pimpinan Pas:-

1. Benarkah wujud dokumen perjanjian antara PKR, DAP dan Pas yang melarang Pas menyebut dan mewar-warkan penubuhan negara Islam?

2. Mengapa pimpinan tertinggi Pas tidak mahu mengulas mengenai kenyataan Nizar iaitu “tiada dalam mana-mana perlembagaan atau manifesto Pas yang menyebut Pas akan menubuhkan negara Islam”.

3. Benarkah pimpinan Pas kini terpaksa akur dan mengikut telunjuk PKR dan DAP dalam sebarang proses membuat keputusan?

4. Benarkah Pas tidak pernah langsung menerima wang berjuta ringgit daripada PKR yang memungkinkan Pas terpaksa akur dengan perintah parti itu?

5. Mampukah pimpinan Pas mengisytiharkan mereka akan menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud secara terbuka kini?

6. Mengapa ramai pimpinan Komplot Pembangkang memiliki harta yang banyak, tetapi masih mengutip derma di setiap siri ceramah yang mereka adakan?

7. Mengapa pimpinan Pas kelihatan ‘takut’ kepada pimpinan PKR dan DAP dalam isu beer dan babi?

8. Bilakah Bro Anwar Bin Ibrahim ingin membersihkan namanya dalam kes liwat kerana benar atau tidak tuduhan itu, sekurang-kurangnya dia kena menghapuskan keraguan orang ramai.

9. Adakah Islam menggalakkan umatnya bersekongkol dengan kafir harbi sebagaimana yang dilakukan oleh Pas yang mengaku parti Islam dan DAP yang terang-terangan menolak Islam?

10. Mengapa Nik Aziz mengatakan kerajaan Kelantan mengutamakan pembangunan rohani tetapi negeri itu masih kelihatan kotor?

11. Tidakkah pimpinan Pas tertanya-tanya mengapa Bro Anwar Bin Ibrahim enggan bermubahalah menafikan dia meliwat?

12. Tiada langsungkah rasuah berlaku dalam kepimpinan Komplot Pembangkang terutamanya DAP & PKR?

13. Jika Komplot Pembangkang memerintah Malaysia, siapakah yang akan memegang jawatan Perdana Menteri? Adakah Hadi Awang atau Bro Anwar Bin Ibrahim kerana Bro Anwar Bin Ibrahim bukanlah ahli berdaftar dalam mana-mana parti Komplot Pembangkang.

14. Kenapa Bro Anwar Bin Ibrahim enggan menjadi ahli berdaftar dalam mana-mana parti Komplot Pembangkang?

15. Mengapa pimpinan dan penyokong Komplot Pembangkang suka mengeluarkan perkataan lucah semasa bercakap atau menulis? Adakah sebab Nik Aziz kata Tuhan pun mencarut?

16. Mengapa sebelum ini Komplot Pembangkang menyokong kepulangan Chin Peng tetapi kini bersungguh pula mahukan undi tentera?

Banyak lagilah kalau nak persoalkan. Korang jelah sambung. Nak pegi brunch kat tepi pantai Bagan Pinang sat. Mai la join.

(sumber;http://paneh.blogspot.com/2009/10/n31-kemusykilan-rakyat.html)

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: